Khamis, 2009 Disember 03

MERUJUK KEPADA POSTING SEBELUM INI!


Aku quote sedikit entri aku itu:
"Tapi hati hitamku ber-ego mengatakan bahawa, jika ia daging berkalimah Allah, akan aku buat masak kicap berlada, dan makan. Tanpa perlu wartawan mahupun Pak Cik Leman atau Mak Temah datang ke rumah dengan handphone berkamera VGA mengambil gambar. Jika ingin gambarnya, datang esok, aku akan panggil ketika aku mahu berak. Faham."
Sebelum ini aku ada pergi satu blog dan aku ada buat trolling sikit di blog itu, aku kan suka cari gaduh. Kalau anda ingin tahu apa yang aku katakan, silalah ke sana, dan rujuklah CBOX beliau. Biasalah, gaduh nak manja-manja.

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf kepada pemilik blog itu kerana meninggalkan kesan pancutan tanpa mengelapkan ia kembali. Mungkin kesan pancutan itu agak likat, sehingga dia menjadi rimas, lalu naik marah-marah dan seterusnya menyerang blog aku.

Kedua, aku amat gembira, kerana, sudah sekian lama aku tidak dikritik secara terang-terangan sebegini rupa, dan aku amat menghargainya. Terima kasih, Encik Arif Anwar.


Kepada sahabat-sahabat sekalian andai kata, anda mendapati aku cuba mempersoalkan kuasa yang Maha Logika dan Maha Pencipta, silalah menegur aku. Tapi, apa yang aku rasa, aku tidak pernah sedikit pun membantah apa yang dikatakan kekuasaan-Nya seperti yang dinyatakan Encik Arif Anwar ini. Apa yang aku cuba katakan ialah tentang mentaliti Islam Melayu di Malaysia ini, di mana tahap ketaksuban mereka teramatlah tinggi, sehingga jika sesuatu keajaiban atau pun mirakel berlaku, mereka bertindak seperti melatah yang tidak henti-henti, sehinggakan mereka mengeluarkan kenyataan yang aku rasa lebih sesat dari apa yang aku cuba nyatakan.

Seperti tindakan ingin mengeringkan daging itu untuk disimpan dan tidak mahu dimakan kononnya untuk dilihat generasi masa depan. Adakah ia satu tindakan yang betul? Bagi aku ia satu langkah yang bakal membawa pada dalam jangka masa yang panjang.

Mengapa aku berkata begitu? Mari kita melihat kembali sejarah-sejarah lampau, bagaimana bermulanya sesuatu penyembahan terhadap berhala-berhala dan objek-objek oleh kaum-kaum terdahulu? Apakah puncanya? Bila aku ingat kembali buku-buku sejarah dan sirah-sirah yang aku pernah baca dahulu (maaf tiada rujukan tajuk di sini) kebanyakannya menyatakan bahawa penyembahan bermula daripada golongan-golongan yang pada awalnya beriman kemudian menjadi semakin sesat akibat ketaksuban terhadap sesuatu keajaiban dan kejadian, disimpan cerita dan objek itu, yang diturunkan dari generasi ke generasi yang semakin hari semakin tipis iman mereka dek kurangnya pengetahuan dan pengkajian terhadap sesuatu kejadian dan fenomena itu.

Cuba bayangkan, apa akan jadi selepas (secara rawak) 100 tahun ke hadapan (Insyallah) jika tiada bimbingan dan rujukan kukuh terhadap kejadian aneh ini ditambah pula dengan ketaksuban dah ke-jahiliah-an yang bertambah-tambah, apa yang bakal jadi terhadap daging ini. Dengan izin Tuhan, jika tiada sesuatu fakta mahupun logik yang boleh membendung barah ini, aku tidak hairan, daging itu akan menjadi objek sembahan pada waktu itu. Ini sebenarnya yang aku risaukan. Maaf jika kerisauan ini membawa kemarahan.

Kemudian, apa yang anda dapat perhatikan, Encik Arif Anwar telah melabelkan aku sebagai bukan Islam. Adakah tindakannya betul di situ? Mungkin dia menaip berselang emosi. Salah aku.

Encik Arif Anwar berkata begitu, kerana tindakan egoistik aku, ingin memakan daging berkalimah itu, seraya dia menuduh aku bukan Islam. Adakah itu satu tanggapan yang betul? Bolehkan kita meng-tidak-Islamkan seseorang secara mengkhinzir buta. Mari sama-sama kita fikirkan ye!

Daging itu merupakan daging korban, daging yang suci, yang sembelihannya bermula dengan nama Allah dan dilakukan demi Allah. Tetapi, daging itu dikurniakan sebagai rezeki dari Allah untuk kita makan dan sedekah kan kepada semua umat. Memang boleh ia disimpan, tapi tidak perlu sehingga dikeringkan atau diawet, dan akhirnya reput dan tidak boleh dimakan, bukankah itu pembaziran yang nyata. Bukankah membazir iru amalan syitan wahai Encik Arif Anwar.

Mengapa perlu disimpan daging itu? Sebagai tangkal, azimat dan pendinding. Mungkin niat penyimpan daging itu murni. Tapi tidak semua insan semurni dia. Tidak hairan, jika ada insan yang ingin datang membeli hirisan daging itu untuk dijadikan pelaris dan minyak pengasih suatu hari nanti.

Siapa tahu...

Yang keempat, Islam ada maksiat ke, mungkin typo error. Pedulikan yang itu.


Untuk pengetahuan Encik Arif Anwar, saya adalah seorang Muslim, dan selamanya akan menjadi Muslim, dan saya menghormati agama saya dan agama orang lain. Sekurang-kurangnya saya tidak menulis seperti dalam rajah dibawah, yang aku print-screen dari blog kamu.


klik untuk penyelesiaian lebih jelas


Wujud diskriminasi agama di blog kamu. Adakah ini dikatakan Islam oleh kamu.

Sekian.

Rabu, 2009 Disember 02

KALIMAH ALLAH PADA DAGING KORBAN!




Kebesaran Allah atau Syok Sendiri

Aku amat berbangga kerana menjadi rakyat dan hamba kepada 1Malaysia. Aku tidak menyangka, negara yang aku kritik dan aku pandang rendah, rupanya sebuah negara yang sentiasa dilimpahi rahmat dan kebesaran Allah. Walaupun negara ini, bagi aku, merupakan sebuah kota maksiat, dan aku agak gembira dengan maksiat-maksiat itu.

Selepas satu keberkatan turun, turun lagi satu keberkatan, betapa mulianya 1Malaysia sekarang, sejak dibawah pemerintahan Perdana Menteri ke-6 (thanks Ries Lee) kita, iaitu Dato' Seri Satu Malaysia Mohd. Najib Tun Razak. Betapa bertuahnya 1Malaysia, kita bukan sahaja ada menara berkembar KLCC, lapangan terbang KLIA, lagu 1Malaysia yang off-tune, kita juga memiliki sejadah yang hyperpower, boleh duduk sendiri tanpa bantuan, secara solo mahupun berkumpulan.

Aku tahu dan aku sering berkata, bahawa, mungkin aku akan digelar agnostik terhadap Allah dan agama aku, kerana sering memperlekehkan dan mempersenda hal-hal yang berkaitan pasca-mukjizat ini. Aku tidak kisah semua itu. Aku bukan menghina Allah dan hukumnya, aku tidak memandang jelik terhadap kuasa dan Mukjizat kepada para rasulnya, aku juga tidak menempelak keajaiban dan kebijaksanaan Maha Pencipta dalam menjalankan kerjanya.

Tetapi, apa yang aku benci adalah, ketaksuban dan ke-overzealous-an para umat-umat Islam, Melayu khususnya, pada zaman sekarang dalam menerima hal-hal yang berkaitan tentang keajaiban dan ketentuan Maha Pencipta.

Mengapa tiada dijalankan pengkajian terhadap keajaiban-keajaiban itu di 1Malaysia kita ini. Andai berlaku sahaja, hanya pihak media massa sahaja dipanggil. Mengapa tiada kajian saintifik dan kajian lain yang dijalankan ke atas keajaiban itu.

Ingin sekali aku melihat, kertas kerja kajian berkenaan keajaiban ini disiarkan di dalam majalah-majalah ilmu dan dada-dada akhbar aliran utama di 1Malaysia.

Aku hanya tahu berbising-bising tentang hal ini. Aku juga Jahiliah seperti kamu. Aku tak punya apa ilmu, Usuluddin, Sayriah, Fiqh, dan segalanya. Aku hanya bersandar kepada rukun-rukun dalam agama aku sahaja. Aku umpama bayi yang terkinja-kinja melihat tetek ibunya ketika lapar ingin susu. Aku hanya nganga dan terima apa yang disuapkan, lantas jari pun dihisap tatkala disuap.


Pak Cik Ali Misai, dah advanced, pakai E71 macam Ries

Dalam benak aku, selalu aku berkata, Islam dan sains adalah satu. Jika turun hukum mahupun apa-apa mirakel, ada tafsiran saintifiknya. Itulah indahnya Islam. Tidak perlu Kabbalah dan Scientology. Islam sendiri sudah sempurna penerangan tentang sainsnya itu.

Apa yang aku selalu baca dan dengar rakyat di Malaysia ini, jika berlaku sesuatu yang mirakulus ialah;
"Bila saya nampak maka rasa kesyukuran bertambah kerana ini adalah antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini," Utusan Malaysia, 30 Nov
Seakan diterima bulat-bulat akan kejadian itu. Mungkin bukan ini yang dituturkan sebenarnya. Mungkin sudah di edit oleh editor agar nampak konkrit cerita itu.

Mungkin aku akan berkata sedemikian jika berada di depan DSLR wartawan.

Tapi hati hitamku ber-ego mengatakan bahawa, jika ia daging berkalimah Allah, akan aku buat masak kicap berlada, dan makan. Tanpa perlu wartawan mahupun Pak Cik Leman atau Mak Temah datang ke rumah dengan handphone berkamera VGA mengambil gambar. Jika ingin gambarnya, datang esok, aku akan panggil ketika aku mahu berak. Faham.

Oh Lawd, am I orni?
klik untuk resolusi tinggi



Kalau pisau potong daging, daging boleh potong apa?
klik untuk resolusi tinggi


Lihatlah, betapa angkuhnya aku. Harap ada insan yang dapat meledingkan egoistik aku ini. Aku harap ini bukan Takbur kerana Takbur hak Allah. Tak bau syurga aku.

Makan Telan: Marilah sama-sama kita memperbaharui Shahadah kita.


Muntah Balik: Harap aku dapat jumpa lembu emas, pasti aku akan disanjung Yahudi.

I HAVE AIDS, PLEASE HUG ME!

Selamat Menyambut Hari AIDS Sedunia '09
Umum mengetahui, tentang bagaimana penyebaran virus Human immunodeficiency virus (HIV) berlaku. Iaitu, yang paling utama dan diketahui umum ialah melalui hubungan kelamin, atau bahasa pasarnya beromen. HIV juga boleh berjangkit melalui darah, iaitu dengan cara berlakunya kontek antara darah yang mempunyai virus HIV dengan darah yang belum mahupun telah dicemari HIV. Kemudian, yang seterusnya melalui, jangkitan dari ibu kepada anak, iaitu, ibu yang dijangkiti HIV akan menjangkiti anak yang berada dalam kandungan mahupun setelah dilahirkan.


Mari aku cuba huraikan satu-persatu cara-cara jangkitan ini. Tapi, apa yang aku cuba sampaikan adalah dari segi perspektif aku sendiri, dengan menggunakan bahan rujukan yang amat terhad. Auk akan cuba cerita melalui pengalaman dan gerak hati. Segala pendapat dan pandangan adalah agak tidak sesuai untuk tujuan pembelajaran. Sila ambil perhatian wahai adik-adik.

Jangkitan Melalui Hubungan Seksual
Ini amat ditakuti oleh para pelawat-pelawat sempadan dibahagian utara Malaysia selain daripada siflis. Mereka tahu, mereka bakal terdedah dek jangkitan jika ke sana. Namum, tuntutan batin lebih di utamakan.

Bagaimanakah virus boleh merebak melalui hubungan seksual. Ia boleh berlaku sekiranya hubungan seks dilakukan tanpa perlindungan, seperti penggunaan "sarong Pak Dolah" a.k.a Kondom. Individu yang mempunyai virus akan tersebar kepada individu lain melalui rembesan cecair yang dijangkiti HIV bersentuhan dengan alat sulit (baca: kote dan poen), oral (blowjob), atau cecair dubur.

Percayakah anda, bahawa, jika anda "potong itu belalai" dapat mengurangkan risiko dijangkiti HIV. Mejik bukan. Mejik dari P1WIMAX! Jadi kepada para pembaca blog aku yang belum potong, sila-silalah ke klinik berhampiran. Jangan potong sendiri. Dan jangan ke kedai telco.

Serius weh, sehinggakan WHO dan Sekreteriat UNAIDS berkata begini;
"male circumcision now be recognized as an additional important intervention to reduce the risk of heterosexually acquired HIV infection in men"
Jadi, apa tunggu lagi, POTONGLA!!



Jangkitan Melalui Darah dan Pemindahan Darah.
Jangkitan dengan cara ini akan berlaku sekiranya, darah individu yang mempunyai jangkitan HIV masuk ke dalam saluran darah individu yang lain, seperti melalui suntikan dadah oleh para-para Medik Bawah Jambatan, hemofiliak, dan penerima darah yang telah dijangkiti.

Aku pernah menonton satu drama, rasanya lakonan Zaidi Omar. Dia telah menolong seorang pelacur yang terluka, tengah best bertentangan mata, darah pelacur tu menitik atas tangan Zaidi Omar, luckily, darah tu tak masuk dalam blood vessel Zaidi Omar. Bertuahnya Zaidi Omar.

Sebagaimana yang kita tahu, salah satu cara para Diktorat-doktorat Hebat Bawah Jambatan dalam menjalankan ibadah mereka dalam bidang perubatan alternatif, adalah dengan menggunakan kaedah menyuntik terus bahan ubatan ke dalam badan mereka. Tapi, lebih menarik, mereka, akan membancuh bahan ubatan itu dengan menggunakan darah para Doktorat lain yang sudah terlebih dahulu menyuntik bahan itu ke dalam badan mereka. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin disitu ada berlaku proses-proses saintifik yang mungkin tidak dapat difahami oleh insan kerdil seperti aku ini, siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan para Doktorat-doktorat itu. Mungkin juga untuk lebih ekonomik.

Dari sinilah, dapat berlakunya penyebaran virus HIV melalui darah. Ia mungkin lebih banyak berlaku berbanding dengan cara pemindahan darah di hospital mahupun melalui luka.



Individu bertatu juga berisiko menerima jangkitan, yang melukis juga mempunyai risiko. Maka, kepada gadis-gadis Melayu (semestinya) yang beridamkan tatu seperti Kat Von D mahupun Amy Winehouse, silalah berfikir sekali sahaja. Jangan fikir banyak kali. Selalunya kalau fikir banyak kali mesti jadi nak bertatu. Cukuplah setakat pakai tatu dalam keropok Mamee mahupun yang ada dalam Chewing-gum RM0.50. Kalau tak mampu juga, pakailah inai.

Jangkitan Dari Ibu kepada Anak
Inilah yang paling sedih, entah mengapa, naluri kebapaan aku hadir ketika ini. Bayi, yang masih belum mengerti apa-apa, sudah diterkam bala.

Jangkitan boleh berlaku, sama ada semasa anak masih lagi berada dalam rahim, mahupun semasa anak dilahirkan. Ia juga boleh berlaku dengan proses penyusuan. Risiko untuk berlaku jangkitan antara ibu dan anak amatlah tinggi. Jika ia mampu dikurangkan ia hanya serendah 1% sahaja dengan menggunakan Anti-retroviral. Dan yang paling sedih, mahupun anak itu dilahirkan sihat tanpa jangkitan, dia tetap tidak boleh menyusu melalui ibunya. Kerana jangkitan boleh berlaku.

Jadi, kepada bakal bapa dan bakal ibu, sila ambil perhatian, sila sediakan pakaian, permainan, dan keperluan lain kepada anak anda. Bukan HIV.

Kepada suami, silalah romen isteri anda, bukan adik Siam. Dan kepada isteri, izinkan zakar suami anda sahaja ke dalam faraj anda, bukan zakar anak ikan.

Jarum Keramat: Entri ini mungkin agak membosankan. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati anda, selebihnya, persetan!

Selasa, 2009 Disember 01

AKU KEMBALI BERSAMA HATI YANG SUCI!

Namun Tidak Sesuci Otak Selepas Melalui Program Biro Tatanegara

Rasa hampir seperti sepurnama aku tidak menaip apa-apa di blog suci ku ini. Barangkali ramai yang merindui diri ini. Biarlah apa kata mereka. Aku tidak hirau.

Aku menghilangkan diri bukan kerana bertapa, mahupun ke Sungai Gangga untuk mandi Safar kerana sekarang bukan di Bulan Safar. Bukan juga untuk menunaikan rukun ke lima di Makkah.

Aku menghilang, demi memenuhi permintaan di dunia yang nyata. Aku tahu, walaupun pemergian aku, langsung tidak dirindui mana-mana pihak, namun, aku masih lagi mempunyai sahabat baik seperti Sigger dan Ries.

Aku rasa, aku perlu berhenti sejenak dan mula kembali waras. Mula berfikir tentang pentingnya ilmu. Mula berfikir tentang bekalan minda. Aku harus berhenti memaki tanpa tujuan dan arah. Makian aku harus bersandar faktor, fakta dan sejarah. Makian aku harus ada rujukan konkrit.

QQQ ingin berubah, hanya sedikit berubah, tidak banyak.

Pesanan Penulis: Terima kasih yang perihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada blog aku. Kepada sahabat yang lain, bersedialah untuk berasa bosan selepas ini.

Isnin, 2009 November 23

PEMERGIANKU JANGAN DIRINDU! INI BUKAN GIMIK MAHUPUN RAJUKAN!